Tuesday, February 11, 2014

Halawatul Iman

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

Halwatul Iman, maksudnya kemanisan iman.
Adakah iman itu ada rasa? Macam buah.
Ada yang masam, ada yang pahit, ada yang manis?

Kemanisan iman adalah satu nikmat yang tak terhingga, 
yang diberikan oleh Allah pada hambaNya dalam beribadat.
Orang yang mendapat kemanisan iman akan merasai satu keinsafan,
mendapat keseronokkan dan kenikmatan dalam beribadah.

Tiap orang, lain rasanya.
Tiap orang, beza citarasanya.

Begitu juga dengan iman

Ada orang, dia terasa lazat solat malam (Qiam).
Ada orang, dia terasa lazat bila berada dalam majlis ilmu.
Ada orang, dia terasa indah bila bantu orang lain.

Rasa manisnya iman itu lain-lain.

Akarnya di mana? Ianya dari hati. Ikhlas, tulus dan teguh tanpa paksaan. Langsung dan terus dari hati.

Sumber : Resepi Cinta Usrah 
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kesimpulan dari diri sendiri :

Kemanisan iman tu boleh diibaratkan satu hadiah.
Hadiah dari Allah bagi mereka yang ikhlas kerana Nya.
Bagaimana cara untuk aku miliki hadiah tersebut? 
Cukupkah dengan sekadar menunggu dan menanti ianya kunjung tiba?

Ketahuilah sahabat, dengan menunggu, ianya takkan datang.
Tapi kita harus mencarinya dan berusaha untuk memiliki dan merasainya.

Bila dah usaha, Allah akan bagi kita rasa. 
Yang penting niat lillahita'ala. In sya Allah. 

(^^)

No comments: