Tuesday, December 31, 2013

2014

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

 Semoga pengakhiran 2013 berakhir dengan redhaNya, 
dan permulaan 2014 juga bermula dengan redhaNya.








Monday, December 30, 2013

Kita Berbeza

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ


Allah jadikan setiap manusia dengan kemampuan, kekuatan, kebolehan dan kekurangan yang berbeza. Tak bermakna kau mampu mengahadapi sesuatu perkara atau kejadian itu, dia juga mampu dan kuat seperti kau. Tak semestinya kau ada kelebihan sebegitu, dia pun ada. Kadang kala dalam kehidupan, kita tak boleh nak harapkan orang lain juga mampu untuk berada dalam position yang kau berada sekarang , ada masa kita sendiri jugak kena cuba untuk berada dalam position orang lain tu. Kalau kau nak jugak orang tu memiliki kekuatan seperti kau, bantu la dia. Bantu dia bina kekuatan tu dalam diri dia. Disamping kau mendoakan dia.

Andai kau mampu hadapi satu kegagalan, kehilangan, dalam hidup, jangan kau pandang mereka yang tak mampu tu lemah. Mungkin disebalik setiap tangisan dia tu, dia mencuba untuk jadi kuat seperti kau. Kekuatan tu tak akan datang sehari dua, ianya perlu dilatih dan dipupuk. Sebaliknya kau berikanlah dia semangat, jangan hina, jangan rendahkan lagi semangat dia. Dia sedang mencuba. She's/He's trying hard. Bagi masa, kau mungkin tak tahu apa yang dia lalui sekarang. Sebab kau tak pernah nak amek kisah. Apa yang kau kisah  "kalau aku boleh, kenapa dia tak boleh" tu jer.

Gunakan kelebihan dan kekuatan kau wahai sahabat, untuk bantu kelemahan dia. Jangan pernah jemu.

Dan bagi pihak yang selalu mengalami kegagalan dan kehilangan, jangan pernah berputus asa, manusia mungkin akan jemu dengan luahan hati kita, tapi Allah tak pernah jemu. 

"Kadang kala Allah hadirkan mereka yang bermasalah dalam hidup kita, bukan sebagai beban tapi sebagai ujian"

Wallahua'alam.

(-_-)



Syukur itu perlu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ


Alhamdulillah, dalam kesibukan menghadapi peperiksaan, diri ni ambil sedikit waktu untuk menulis atau menaip nota ringkas .hehe (^^). Apa yang nak cuba dikongsi hari ni mengenai syukur. Selalu kita dengar statement begini "bersyukurlah dengan apa yang kita ada" . Bagi yang mampu merasai syukur di dalam hati dengan sebenarnya, alhamdulillah, tapi yang masih belajar untuk bersyukur, usaha lagi. 
In sya Allah kita semua mampu. Susah tapi tak bermakna tak boleh. 

Siapa yang suruh kita bersyukur? Apa kita dapat kalau bersyukur?

Jawapan : ALLAH yang suruh kita bersyukur. Bila ALLAH suruh ganjarannya pasti ada, sama ada di dunia atau di akhirat kelak.

Tak percaya? Sila buka tafsir al-Quran, surah an-nahl:114, di mana Allah berfirman,

"Maka makanlah yang halal lagi baik daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada mu dan syukurilah nikmat Allah jika kamu hanya menyembah kepadaNya"

Selain surah an-nahl, dalam surah Al-Baqarah pun banyak menceritakan mengenai nikmat Allah. Dalam surah Al-Baqarah ada menceritakan tentang Bani Israel yang kufur dengan nikmat Allah. Di sebalik penceritaan mengenai kekufuran mereka, apa yang kita boleh ambil dari kisah mereka adalah, kita perlu bersyukur dengan nikmat Allah. 

Macam mana nak bersyukur? Sejujurnya, lain orang lain caranya dalam memupuk sifat syukur dalam diri. Dan lain orang lain kisahnya dalam mengenal erti syukur. Tapi apa yang selalu orang ajar, kita tengok orang yang bawah dari kita, orang yang kurang daripada kita. 

Kalau kita ada rumah, tengok mereka yang tak ada tempat tinggal.

Kalau kita makan tak habis, bayangkan mereka yang langsung tak mampu nak makan.

Kalau kita tak happy dengan family kita, bayangkan mereka yang kehilangan ibu bapa.

Letakkan diri kita di dalam posisi mereka yang bawah dari kita. Mungkin dengan cara sebegitu, kita mampu menghargai nikmat pemberian Allah kepada kita. Jangan sampai Allah tarik balik nikmat tu, then baru kita nak bersyukur. 

Diri ni belajar mengenal erti syukur, bila salah satu nikmat pemberian Allah disia-siakan dan di tarik balik oleh Allah. Allah hu Robbi, hanya Dia yang mengetahui apa yang dirasakan waktu tu. Mungkin ianya satu ujian dari Allah, namun melalui ujian tu, Allah mengajar aku erti syukur. (^^,). Dan diri ni cuba sedaya yang mampu untuk menghargai dan bersyukur dengan setiap apa yang Allah bagi dalam hidup nih. Ada kala mungkin kita lupa, tapi kita manusia biasa, lupa tu perkara biasa. Sebab tu kena ada yang sentiasa mengingatkan. Wallahua'lam.

 Ni ada doa yang yang diajar Rasulullah kepada Muaz ibn Jabal, 


اللهُمَّ أَعِنِي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِ
كَ
Allahumma a i'ni a'la zikrika wa syukrika wa husni i'badatik
 
"Ya Allah! Bantulah aku untuk mengingati Mu, bersyukur kepada Mu dan beribadat dengan baik kepada Mu"
Amalkan setiap kali lepas solat, in sya Allah dengan izinNya. 

Allah lebih Mengetahui. 
(^^v)



 

 

Tuesday, December 24, 2013

Tidur itu nikmat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG,
Malam tadi, diri ni susah nak tidur. Rasa gelisah. Macam macam cara dah dibuat untuk bagi terlelap. Menguap dah berkali kali, tapi matanya tetap tak nak tutup. Mungkin ada yang akan kata bestnya sebab tak dapat tidur malam, sebab boleh study. Dalam keadaan malam tadi, memang tak best, nak study pun tak senang awak , sebab hati gelisah.  Tapi percayalah apa yang  dirasakan malam tadi, nikmat tidur tu ditarik oleh ALLAH untuk sementara waktu. Malam tadi berbeza.

Diri terbaring sambil hati ni ber'monologue' : 
     " Tadi pada awalnya aku dah mengantuk, tapi aku gigihkan diri nak tengok movie, dan sekarang bila aku nak tidur dah tak boleh. Hah padan muka. @_@. Tu la, ALLAH dah bagi kau mengantuk, DIA nak suruh kau tidur, tapi kau tak nak. Sekarang di ambil nikmat tidur kau, macam mana? Apa kau rasa?"

At one side, hati ni dapat rasa macam mana perasaan kawan kawan yang kerap kali mengalami kesukaran nak tidur malam. Allahhu Allah, sangat tak best. Alhamdulillah, diri ni bukan yang jenis susah nak tidur. Selalunya letak jer kepala terus tidur. Tapi malam tadi ALLAH nak bagi rasa.

Tidur tu sebenarnya satu anugerah oleh ALLAH untuk kita. Dia jadikan tidur untuk kita beristirehat.

وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
"dan kami menjadikan tidurmu untuk berehat"
 (surah an-naba' : 9)

Tapi apa yang kita buat bila saat "mengantuk" tu menyapa? Ada di kalangan kita, bila dah mengantuk (contohnya diri sendiri) tetap paksakan diri untuk buat macam macam perkara. Kalau buat benda berfaedah tak apa jugak. Buat assignment or study tu, faham la, sebab diri ni pun student. Kisahnya, bila tak ada assignment dan kerja, bila dah mengantuk tu jangan la gigih jugak pergi cari kerja. Lepas tu esok paginya bising tak cukup tidur. Salah siapa? Salah mata? No lah, salah diri sendiri la. Nak cari kerja, tunggu siang hari, cari la kerja sebanyak mungkin. Ni tak, malam bekerja siang tidur tak ingat dunia. (orang yang bekerja shift are excluded). Tak pasti sumber dari mana, tapi pernah terdengar atau terbaca kata katanya lebih kurang macam ni :

" Bila Allah dah bagi mengantuk persiapkan diri untuk tidur, jangan cuba lawan, sebab itu nikmat dari Allah".

Kesimpulannya kalau mengantuk tidur. Bersyukur sebab kalian masih berupaya untuk tidur malam dengan mudah.

Wallahua'alam Allah Lebih Mengetahui.
Kisah kita berbeza.
Pandangan kita juga berbeza,
Kerana perjalanan hidup kita tak sama.
Betulkan andai ada tersalah.

Moga Allah Redha. (^^,)


Monday, December 23, 2013

Permulaan

   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG,

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi Muhammad, kama solaita a'la Ibrahim wa a'la ali Ibrahim wa barik a'la Muhammad wa a'ala alih Muhammad, kama barikta a'la Ibrahim wa a'la ali Ibrahim fil a'lamin innaka hamiddun majid.

[Selawat dulu before baca (^^,)]


Alhamdulillah, dan selamat datang/selamat kembali untuk diri sendiri setelah sekian lama meninggalkan blog ni terbengkalai selama beberapa tahun. Niat di hati hanya nak berkongsi apa kata hati tentang kehidupan ni. Bukan nak jadi ustazah atau alim ulama' sebab diri ni sedar kedudukan diri dekat dunia nih. Cuma hati terkesan dengan kata kata Imam Hassan Al-Basri. Apa dia kata? Dia cakap:
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
Bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
Nescaya tidak akan ada pendakwah,
Maka akan jadi sedikitlah org yang memberi peringatan"
 
Sejujur dan selurusnya aku, diri ni pernah merasai turun naiknya iman tuh. Aku bukan malaikat, dan aku jugak bukan maksum. Apa yang aku tulis sebenarnya untuk diri aku jugak. Sedar dengan diri sendiri yang memerlukan peringatan berterusan, jadi aku tulis. 

Moga ALLAH redha.
(^_^)