Thursday, February 20, 2014

Semut Hitam

Bismillah~

Selaku naqibah dalam usrah malam tu, seperti biasa usrah akan di "end" kan dengan mentadabbur ayat Al-Quran. Dan pada minggu ni, Surah Asy-Syua'ra menjadi pilihan Asma'.

Asma'                :  Macam biasa, sebelum kita tutup majlis kita hari ni , jom kita sama sama tadabbur ayat 109 surah Asy-Syua'ra'. Cepat bukak tafsir... Semua ada tafsir ke?

Hamdiah           : Ada ada jap

Ain                    : Ada jugak

Hajar dan Nur  : Ada...

Asma'                :  Biar Asma' baca ayat nih dulu kemudian Nur tolong baca kan tafsirnya yaa..

Nur                    :  Baik asma'...

Asma'               :

          wamaaaa asalukum a'laihi min ajrin in ajriya illa a'laa rabbil a'lamin
 

Nur                  :  Nur baca maksud ayat tu yer.. " Dan aku tidak meminta sebarang upah daripada kamu kerana imbalanku hanyalah terserah kepada Tuhan seluruh alam"

Asma'             :  Alhamdulillah.. Okey. Apa yang korang faham dari ayat tu? Siapa volunteer nak utarakan apa yang dia paham.. sila kan...
 
Nur                 :  Pada pemahaman Nur, ayat ni mengajar kita untuk memastikan setiap kebaikan  yang kita lakukan mesti kerana ALLAH dan jangan mengharapkan balasan dari makhluk lain selain Allah. Senang cerita, bila kita buat apa-apa jangan mengharapkan balasan dari orang sekeliling, tapi harapkanlah balasan dari Allah.. wallahua'lam..itu apa yang Nur faham la. hehe

Asma'            : Alhamdulillah... betul.. Siapa lagi yang nak berkongsi apa yang dia faham dari ayat tu..


Hamdiah        : Dalam kata lain ayat ni nak cakap kata kita kena buat sesuatu tu mestila ikhlas kerana Allah. Key point dia ikhlas la kan..

Asma'            : Yup..

Ain                 : Kalau kita betul-betul ikhlas, kita mesti tak mengharapkan balasan dari orang lain utnuk kebaikan yang kita buat tu kan asma'.  Tapi, walaupun kita tahu kita patut harapkan balasan dari Allah, sebagai hamba yang lemah kita sentiasa mengharapkan balasan dari sesama manusia jugak, sedangkan kita tahu Allah tu sebaik-baik pemberi kan asma'..

Asma'            : Betul tu ain. Ikhlas tu bukan sesuatu yang mudah untuk kita capai. Malah kita sendiri tak tahu kita ikhlas atau tak. Mulut mungkin berkata " aku ikhlas" namun sebenar benar dalam hati hanya Allah yang mengetahui. Pernah dengar ayat nih,

"keikhlasan tu ibarat semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang gelap"

Nur ,Ain,Ham hajar      : Pernah.....

Asma'           : Betapa ikhlas tu kita memang tak tahu sampai begitu sekali keikhlasan itu diibaratkan.. Malah malaikat atid dan raqib pun tak tahu kita ikhlas atau tak. Allah ja yang tahu. Sebab tu, pohonlah kepada Allah agar kita sentiasa ikhlas dalam melakukan kebaikan Usaha untuk mendapatkan keikhlasan tu...Mudah mudahan kita berjaya. In sya Allah... 


Nur, Ain, Ham dan hajar : Allahumma Ameen...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentiasa betulkan niat lillahitaa'la... 
Jangan putus asa..
Berusaha...


(^_^)


No comments: