Monday, December 23, 2013

Permulaan

   بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG,

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ كَمَا بَارِكَتْ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيْمَ، فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْد

Allahumma solli a'la Muhammad wa a'la alihi Muhammad, kama solaita a'la Ibrahim wa a'la ali Ibrahim wa barik a'la Muhammad wa a'ala alih Muhammad, kama barikta a'la Ibrahim wa a'la ali Ibrahim fil a'lamin innaka hamiddun majid.

[Selawat dulu before baca (^^,)]


Alhamdulillah, dan selamat datang/selamat kembali untuk diri sendiri setelah sekian lama meninggalkan blog ni terbengkalai selama beberapa tahun. Niat di hati hanya nak berkongsi apa kata hati tentang kehidupan ni. Bukan nak jadi ustazah atau alim ulama' sebab diri ni sedar kedudukan diri dekat dunia nih. Cuma hati terkesan dengan kata kata Imam Hassan Al-Basri. Apa dia kata? Dia cakap:
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu,
Bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu,
Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu,
Kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri.
Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna,
Nescaya tidak akan ada pendakwah,
Maka akan jadi sedikitlah org yang memberi peringatan"
 
Sejujur dan selurusnya aku, diri ni pernah merasai turun naiknya iman tuh. Aku bukan malaikat, dan aku jugak bukan maksum. Apa yang aku tulis sebenarnya untuk diri aku jugak. Sedar dengan diri sendiri yang memerlukan peringatan berterusan, jadi aku tulis. 

Moga ALLAH redha.
(^_^)

 

1 comment:

♥xaturen♥ said...

Moga mendapat barokah....👍👍