بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG,
Diri terbaring sambil hati ni ber'monologue' :
" Tadi pada awalnya aku dah mengantuk, tapi aku gigihkan diri nak tengok movie, dan sekarang bila aku nak tidur dah tak boleh. Hah padan muka. @_@. Tu la, ALLAH dah bagi kau mengantuk, DIA nak suruh kau tidur, tapi kau tak nak. Sekarang di ambil nikmat tidur kau, macam mana? Apa kau rasa?"
At one side, hati ni dapat rasa macam mana perasaan kawan kawan yang kerap kali mengalami kesukaran nak tidur malam. Allahhu Allah, sangat tak best. Alhamdulillah, diri ni bukan yang jenis susah nak tidur. Selalunya letak jer kepala terus tidur. Tapi malam tadi ALLAH nak bagi rasa.
Tidur tu sebenarnya satu anugerah oleh ALLAH untuk kita. Dia jadikan tidur untuk kita beristirehat.
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
"dan kami menjadikan tidurmu untuk berehat"
(surah an-naba' : 9)
Tapi apa yang kita buat bila saat "mengantuk" tu menyapa? Ada di kalangan kita, bila dah mengantuk (contohnya diri sendiri) tetap paksakan diri untuk buat macam macam perkara. Kalau buat benda berfaedah tak apa jugak. Buat assignment or study tu, faham la, sebab diri ni pun student. Kisahnya, bila tak ada assignment dan kerja, bila dah mengantuk tu jangan la gigih jugak pergi cari kerja. Lepas tu esok paginya bising tak cukup tidur. Salah siapa? Salah mata? No lah, salah diri sendiri la. Nak cari kerja, tunggu siang hari, cari la kerja sebanyak mungkin. Ni tak, malam bekerja siang tidur tak ingat dunia. (orang yang bekerja shift are excluded). Tak pasti sumber dari mana, tapi pernah terdengar atau terbaca kata katanya lebih kurang macam ni :
" Bila Allah dah bagi mengantuk persiapkan diri untuk tidur, jangan cuba lawan, sebab itu nikmat dari Allah".
Kesimpulannya kalau mengantuk tidur. Bersyukur sebab kalian masih berupaya untuk tidur malam dengan mudah.
Wallahua'alam Allah Lebih Mengetahui.
Kisah kita berbeza.
Pandangan kita juga berbeza,
Kerana perjalanan hidup kita tak sama.
Betulkan andai ada tersalah.
Moga Allah Redha. (^^,)
No comments:
Post a Comment