Monday, March 17, 2014

Mutiara 2#

"Jika yang diharapkan berlaku, syukur. Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka...sabarlah. Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan."...

-Pahrol Mohamad Juoi-


 Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan  (^-^)

Sunday, March 16, 2014

Mutiara 1#

"Kalau permintaan yg kita minta tak kunjung tiba, maka hendaklah kita merasa selesa kerana yang disimpan oleh Allah itu adalah perkara yang baik. Dengan kamu tidak diberi apa yang kamu minta, tersimpan rahsia yg besar Allah hendak bagi kepada kamu. Biasakan diri kamu selesa dengan tidak diberi"

-Habib Ali Zainal Abidin-
#resepicintausrah

Thursday, February 20, 2014

Keju Nan

Bismillah....

Sepanjang aku hidup 2* tahun, ini first time, aku makan nan cheese yang sangat "bercheese" hehehe
Bagi aku siapa yang suka makan nan cheese, this is the best nan cheese i've ever had.. Serius. Ini bukan main-main. Kedai ni sangat tak kedekut cheese. (^^)

Cumanya harga tu agak mahal dari roti nan cheese biasa. Tak boleh makan selalu la. Mungkin sebulan sekali or dua bulan sekali oke kot. 



wuuu sangat cheezy...


#sayasukamakantapisayatakutgemok (^^,)


Semut Hitam

Bismillah~

Selaku naqibah dalam usrah malam tu, seperti biasa usrah akan di "end" kan dengan mentadabbur ayat Al-Quran. Dan pada minggu ni, Surah Asy-Syua'ra menjadi pilihan Asma'.

Asma'                :  Macam biasa, sebelum kita tutup majlis kita hari ni , jom kita sama sama tadabbur ayat 109 surah Asy-Syua'ra'. Cepat bukak tafsir... Semua ada tafsir ke?

Hamdiah           : Ada ada jap

Ain                    : Ada jugak

Hajar dan Nur  : Ada...

Asma'                :  Biar Asma' baca ayat nih dulu kemudian Nur tolong baca kan tafsirnya yaa..

Nur                    :  Baik asma'...

Asma'               :

          wamaaaa asalukum a'laihi min ajrin in ajriya illa a'laa rabbil a'lamin
 

Nur                  :  Nur baca maksud ayat tu yer.. " Dan aku tidak meminta sebarang upah daripada kamu kerana imbalanku hanyalah terserah kepada Tuhan seluruh alam"

Asma'             :  Alhamdulillah.. Okey. Apa yang korang faham dari ayat tu? Siapa volunteer nak utarakan apa yang dia paham.. sila kan...
 
Nur                 :  Pada pemahaman Nur, ayat ni mengajar kita untuk memastikan setiap kebaikan  yang kita lakukan mesti kerana ALLAH dan jangan mengharapkan balasan dari makhluk lain selain Allah. Senang cerita, bila kita buat apa-apa jangan mengharapkan balasan dari orang sekeliling, tapi harapkanlah balasan dari Allah.. wallahua'lam..itu apa yang Nur faham la. hehe

Asma'            : Alhamdulillah... betul.. Siapa lagi yang nak berkongsi apa yang dia faham dari ayat tu..


Hamdiah        : Dalam kata lain ayat ni nak cakap kata kita kena buat sesuatu tu mestila ikhlas kerana Allah. Key point dia ikhlas la kan..

Asma'            : Yup..

Ain                 : Kalau kita betul-betul ikhlas, kita mesti tak mengharapkan balasan dari orang lain utnuk kebaikan yang kita buat tu kan asma'.  Tapi, walaupun kita tahu kita patut harapkan balasan dari Allah, sebagai hamba yang lemah kita sentiasa mengharapkan balasan dari sesama manusia jugak, sedangkan kita tahu Allah tu sebaik-baik pemberi kan asma'..

Asma'            : Betul tu ain. Ikhlas tu bukan sesuatu yang mudah untuk kita capai. Malah kita sendiri tak tahu kita ikhlas atau tak. Mulut mungkin berkata " aku ikhlas" namun sebenar benar dalam hati hanya Allah yang mengetahui. Pernah dengar ayat nih,

"keikhlasan tu ibarat semut hitam di atas batu hitam di waktu malam yang gelap"

Nur ,Ain,Ham hajar      : Pernah.....

Asma'           : Betapa ikhlas tu kita memang tak tahu sampai begitu sekali keikhlasan itu diibaratkan.. Malah malaikat atid dan raqib pun tak tahu kita ikhlas atau tak. Allah ja yang tahu. Sebab tu, pohonlah kepada Allah agar kita sentiasa ikhlas dalam melakukan kebaikan Usaha untuk mendapatkan keikhlasan tu...Mudah mudahan kita berjaya. In sya Allah... 


Nur, Ain, Ham dan hajar : Allahumma Ameen...

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sentiasa betulkan niat lillahitaa'la... 
Jangan putus asa..
Berusaha...


(^_^)


Monday, February 17, 2014

Allah ada. Allah tahu

Bismillah~

"Tahan, simpan, pendam. Allah ada. Allah tahu"

Itu antara kata kata yang aku akan "bisikkan" pada hati di saat aku berhadapan dengan situasi yang memerlukan aku memilih di antara "meluahkan" atau "simpan". Sekarang aku lebih banyak menyimpan dari meluah. Mungkin ada masa perit, tapi pada masa yang sama mengajar aku erti meletakkan pergantungan dan pengharapan pada Allah. 
Yakin lah, Allah tu ada. Allah tu Maha Mengetahui. 

Ni ada satu cerita aku nak kongsi, mengenai dua orang sahabat,

Alia : Saya tengok awak sentiasa happy. Seolah olah macam tak ada masalah. Awak memang tak ada masalah ek? 

Anis : hehe. eh tak lah.. Ada jer masalah. mana ada manusia tak ada masalah..hehe

Alia  : tapi saya tak pernah pun dengar awak luahkan masalah awak..

Anis : hehe. saya luah la..

Alia : dekat siapa?

Anis : dekat Dia..dekat Allah. hehe. Allah yang bagi kita ujian, dan masalah, kepada Dia jugakla saya pohon pertolongan. saya yakin Allah tahu apa dalam hati saya. Dan saya yakin hanya Dia mampu membantu saya..hehehe 

Alia : oooo betul jugak ek cakap awak. hehe

Tak semua perkara patut kita kongsi dengan semua orang. Ada benda patut kita simpan, dan biar menjadi rahsia antara kita dengan Allah. Sweetkan. hehe.. On the good side, kita boleh melatih diri kita untuk belajar dan menilai apa yang patut dikongsi dan apa yang tak patut dikongsi. Effect daripada apa yang aku buat ni, aku jadi kurang bercakap. I mean, lebih banyak mendengar daripada bercakap. Well, bagi aku its a good thing.

Mungkin, ada masa kita akan terlepas cakap, tapi tak apa, kita semua tak lari dari melakukan kesilapan. Bila dah sedar kita tersasul atau terlepas cakap, its makes us more alert next time. Perkara macam ni, kena istiqamah. 

Tapi lain orang lain caranya. Mungkin sesetengah orang lebih gemar berkongsi dengan sahabat terdekat atau tulis dalam diari.. Jadi tak ada siapa yang betul atau siapa yang salah. Masing masing ada pandangan tersendiri. (^^).

Wallahua'lam. 



حسبن الله ونعم الوكيل نعم المولى ونعم النصير

"Hasbunallah wa ni'mal wakiil, Ni'mal maulaa wa ni'mal nasir"

Cukup lah Allah sebagai penolong dan Allah sebaik-baik pelindung





Colour Pencil

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ

   Always mulakan setiap perkara dengan Bismillah. (^^,)

 Ini pensil warna. Literally saya beli. Technically, saya beli guna duit my sis. Sharing is caring. Adik beradik tak berkira. (senyum lebar).  Tapi saya tak kejam, saya beli yang paling murah Tak nak menyusahkan. Baik kan saya. (sedang mengangkat bakul sendiri yang penuh dengan bunga ros dan tulip). Tujuan menulis bukan nak cerita mengenai "saya sebatang pensil, saya dibeli oleh bla bla". Tapi nak tunjuk gambar dan nak kongsi sedikit buah pikiran. 



(photo : captured by me)


 Cantik kan. Banyak warna. Soo colourful. Same goes to ourlife.. Begitu jugak kehidupan kita. Kita patut bersyukur, sebab Allah beri kita kedukaan, ujian dan kebahagian. Sebab hadirnya semua tu, mencorakkan kehidupan kita. It makes ourlife beautiful. Tak percaya? Cuba buat macam ni, sediakan sebuah buku, dan guna pensil warna untuk describe feeling kita tiap hari. Contoh :

Marah : conteng dengan warna merah
Rindu : coteng dengan warna pink
Bosan : conteng dengan warna kelabu
Sedih : conteng dengan warna biru 

At the end, bila habis satu buku tu diwarnakan mengikut perasaan kita..resultnya kita boleh tengok dalam buku tu banyak warna. Dengan kata lain, "warna warna kehidupan la" hehe.. 
(complicated rasanya analogi ni. tapi harap paham la)

Dengan adanya warna kehidupan tu lah, terhasilnya macam2 memori yang kadang kadang akan membuatkan kita tergelak sendiri. hehe. Rugi lah kalau tak hargai semua tu. (^^,). 
(aku hari hari gelak sendiri)

Wallahua'alam.  
Saya taip apa yang saya rasa. 
Lain orang lain pandangannya.
wee~ 

Sangat Mengarut

Dalam kepala : bunyi cengkerik..krik krik krik.. (kosong)

Hati                : Apa yang otak dok pikir ek. kenapa aku rasa dia tengah kosong jer.

Dalam kepala : maintain bunyi cengkerik..krik krik..

Hati                : Hmmm apa nak tulis ni. Tulis ikut hati atau kepala? Banyak kali dah dok backspace.

Mata              : tengok tv. Ntah apa apa la cerita yang aku tengok. Eh, aku bukan tengok tv jer, aku  tengok tv sambil tengok laptop. Kalau tak tengok laptop macam mana aku nak menaip. so obvious...

Hati               : tak tahu la nak rasa apa sekarang.

Dalam kepala: .....................................

Mata              : memandang ke arah tv, channel 702, tengok iklan. ......

Dalam Kepala : Sedang generate ayat untuk concludekan apa yang ditulis hari ni

Apa dalam hati dan apa dalam kepala bergabung, hasilnya satu konklusi :

Penulisan hari ni, saja saja jer, tak ada pengisian pun. tak ada point yang berfaedah.
Hanya nak menggambarkan diri ni "bosan sikit" sampai mampu untuk menceritakan apa yang dibuat oleh mata, hati dan akal, dalam masa 15minit.


Sekian. Pelik? Ya saya pun merasai kepelikkan diri ni untuk hari nih.